Saturday, 1 December 2012

CERPEN 1 : A Florist Epic




BAB 1
              
  Mawar merah mekar disinari matahari,merahnya semerah semangatku hari ini. Seperti tumbuhan yang lain, mawar juga perlukan matahari,air dan udara. Tidak lengkap hidupnya tanpa dilengkapi oleh matahari,air dan udara. Persis manusia. “ Selamat pagi, Encik.” Sapa Lova sekuntum senyuman dibarisi dengan kemas. “Ya, selamat pagi.” Sambut lelaki itu. “Boleh saya nak tanya sesuatu?” Lova mengganguk. “Disini ada jual tahi ayam? Saya nak beli tahi ayam.” Dengan muka yang penuh keyakinan lelaki itu meminta sejambak tahi ayam. Berkerut seribu dibuatnya, mana taknya kalau tahi ayam yang diminta. Hello, disini bukan kedai baja. Kalau hendak kamu boleh minta dengan tuan kedai faham, dialog Lova sendirian.
               
Cis,muka bergaya tetapi tahi ayam yang diminta. Bukankah masih ada bunga yang lebih cantik kenapa tahi ayam yang dipilih?.Maaf Encik,disini kami tidak menjual tahi ayam kalau Encik nak bunga tahi ayam adalah.” Terang Lova, “saya tak kira! Saya kata saya nak tahi ayam!tahi ayam!” bentak lelaki itu keras,terkejut Lova. “Maaf Encik,kami tidak menjual tahi ayam.” Lova terasa gementar apabila muka lelaki itu bertukar bengis. “ Aku kata…” belum sempat lelaki itu menyambung Puan Maria terus memotong. “ Maaf Encik kalau baja organic yang Encik cari disini memang ada contohnya seperti tahi lembu dan tahi kambing.Kalau tahi ayam saya rasa stok dah habis.” Puan Maria cuba menenangkan keadaan.Eh, kenapa aku tak pernah tahu yang dekat kedai ni ada tahi segala tahi? Lova mengerutkan dahinya.
               
Lelaki itu berlalu dari kedai dengan senyuman mesra.Pasal tahi ayam sudah menjadi isu hidup dan mati…ish…ish …ish. Bukankah masih banyak lagi hal dunia yang patut diambil kira,tahi ayam pula yang masuk berita. Nasib baik Puan Maria ada kalau tidak habis aku dilenyapkan dari muka bumi ini, songeh Lova. “Lova…” panggil Kak Sah ya, bu…” Lova menyambung dengan senyuman. Panggilan ibunya disambut mesra. “Bukankah kamu harus ke kelas tambahan petang ni? Mengapa melengah-lengahkan masa yang ada? Susah penat kamu bekerja mencari duit untuk ibu sehari suntuk, sekarang lebih baik kamu gunakan duit kamu sedikit untuk mengambil ilmu yang sedang ada ni.” Kak Sah menyambung dengan memberikan sedikit nasihat dengan lembut sekali. Lova menggangguk setuju, dia berjalan kearah Puan Maria dan berkata-kata sesuatu lalu Puan Maria menggangguk.
               
Lova mengenakan seluar trek dan baju T-shirt tangan panjang yang berwarna hitam kemudian pakaiannya dikenakan dengan tudung yang bewarna hitam. Setelah menyarungkan selipar jepunnya, dia terus mengucup tangan ibunya. Dia berlalu dengan senyuman puas, “Eh, alamak seluar ni terkoyak pulak. Dahlah terkoyak dekat betis pulak tu.HAISH!!!” kesal Lova. Lova berjalan dan merendah-rendah sedikit beg sandangnya. Satu cubaan menipu untuk menutup seluarnya yang terkoyak itu. Lova tersenyum panjang dalam hatinya. Mulutnya di tutup rapat tetapi mimik mukanya jelas tersembunyi seribu makna yang tidak dapat dirungkai makhluk lain.
                
Dengan sopan-santunnya lova melangkah mendaki tangga. Dia berharap rahsia hidup matinya tidak terbongkar. Perlahan-lahan dia melangkah setapak demi setapak ke dalam kelasnya, gerak-gerinya yang pelik itu diperhati oleh semua pelajar “Eh,mereka nampak ke koyak dekat seluar aku. Habis aku… tak tak tak mereka mesti nakkan autograph aku yang cantik jelita ni. Ha ha ha.” Songeh Lova sambil ketawa terkekeh-kekeh. Lova berjalan menghampiri meja kerusinya dibarisan hadapan. Tiba-tiba, PRAPPP! PROTTT…
               
“ Ahaii…Siapa yang kentut angkat tangan.” Kata Indra , budak lelaki berpewatakkan lembut. Selalunya digelar Si Lembut Penyu. Seluruh kelas terdiam,mungkin bagi mereka bunyi itu ibarat bom atom yang menghempas bumi Hiroshima. Biasalah, manusia mana yang tidak kentut. Wajah Lova serta-merta berubah merah, mana tidaknya ‘buy 1 free 1’.  Bukan sahaja seluarnya terkoyak buat kali yang kedua bahkan angin perutnya keluar bersepoi-sepoi menyapa satu kelas ibarat bayu petang. Ish, dahlah aku makan telur kuning dengan kicap ditambah pula dengan penguatkuasa kacang kuda. Memang satu kesinambungan yang sempurna.
             
   Tanpa Lova sedar cikgu Donna melintasi barisan mejanya sekali gus membuatkan perutnya tiba-tiba memulas. Tanpa tertahan satu teriakan PROTTT… telah berjaya menghentikan langkah Cikgu Donna. “ Ahai, sekali lagi… siapa kentut angkat tangan,” sambung Indra. Pelajar yang duduk  bersebelahan lova menjeling-jeling ke arahnya sambil menutup hidungnya. “ Sahlah, rahsia aku terbongkar!”. Cikgu Donna memerhati Lova dengan penuh rasa tidak puas hati. Hidungnya dikipas-kipas dengan kipas asli. Cuba menghalang bakteria busuk yang mencucuk kedalam hidungnya.
           
     Perut Lova terus memulas. Wajahnya sudah tebal bersalut madu,dia sudah tidak malu lagi untuk melepaskan bom atom yang seterusnya. “ Bersedialah kalian!” Lova terus berdiri dan mulutnya cuba untuk mengungkap kata-kata. Rasanya begitu susah untuk ditahan lagi. Biarlah apa yang mereka nak fikir. “ Cikgu…sa..saya…err.. aduh…” Lova mengusap-usap perutnya yang memulas semakin rancak. “Aduh…” PROTTT…PRETTT….PRETTT… Semua budak lelaki memandangnya penuh perhatian. Bau busuk bomnya memang sudah tersebar mengharum seluruh kelas yang agak kecil. Lova terus berlari keluar kelas mencari-cari tandas. Perutnya yang memulas tadi memang memberi amaran kepadanya supaya lekas-lekas mencari ‘port’ segera untuk melepas. “ ahhh…aku telah menghidap cirit-birit super” Lova mengomel sendirian di dalam tandas. Lega rasanya.
         
       Lova pulang ke kelasnya, langkahnya terhenti apabila memandang Indra. Semua pelajar ternyata masih menutup hidung mereka tanda ‘perfume’ nya sangat berkesan. Mampu memberi kesegaran, bukti-buktinya adalah apabila dia melihat rakannya  yang dari tadi sedang tidur kini sudah bangun dan yang bernafas pula segera menahan. Cikgu Donna menyambung kelasnya seperti biasa. Tiada apa yang berlaku. “ Erm…Lova seluar kamu terkoyaklah” Iman berkata sambil mengecilkan sedikit matanya kirinya. “ Ahai, kuasa kentut memang mengagumkan sampai seluar pun terkoyak. Ahai.” Seisi kelas ketawa mendengar celoteh Indra.
               
Cikgu Donna yang serius pun tergelak. Lova menunduk malu, dia berasa rendah diri sekali dicampur pula dengan rasa bersalah. “ Salah ke aku kentut? Kamu semua pun sama jugakan? Maaflah kalau baunya mengalahkan bau ‘Perfume Gucci’…”
              
  Lova mengayuh basikal tuanya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu seluarnya koyak buat kali yang ke seterusnya. Hal di kelas tuisyen tadi memang memalukan. Lova mengayuh sepantas mungkin. Malam nanti dia perlu membantu ibunya untuk menjahit kain langsir yang ditempah jiran mereka yang akan mengadakan kenduri kahwin minggu hadapan. Lova berasa kasihan sekali akan ibunya yang terpaksa bekerja siang malam demi kesenangan hidup mereka berdua. Dia tidak kisah sekalipun tidak mempunyai kawan asalkan hidupnya bahagia. Lova sedar pada zaman yang serba moden dan mewah ini,mana ada manusia yang ingin berkawan dengan orang miskin. Lova sedar.

No comments:

Post a Comment