Thursday, 20 December 2012


KISAH BENAR 2 SAHIBAH :)smile

Anwah : erm…Maya, apa pandangan anti sekiranya buku ni ana ambik dekat ana?

Summayah : Oh…ana okay ja :)smile

Anwah : kalau ana bagi dekat org lain? Macam mana?

Summayah : ups to you lerr…nak bagi dekat siapa?

Anwah : macam nie cita dia…anti ingat tadi kita keluar outing?

Summayah : mestilah ana ingat! Takkan nyanyuk pulak…

Anwah : ana dah habiskan duit ana untuk beli 2 buah buku nota ni…

Summayah : Ana tahu…tapi ana dah bagi pinjam duit ana tadi,jadi apa nak risaukan…

Anwah : ana tak mahu menyusahkan anti…ana tak guna duit yang anti bagi…ana tak mahu duit 
anti…ana suka 2 buah buku nie tapi ana buntu sama ada ana patut bagi dekat kakak ana ataupun hadiahkan untuk hari jadi kakak saudara ana…ana suka buku biru ni…buku merah nih ana nak simpan nak tulis sirah2 nabi dalam ni…

Summayah : Oh! Anti buntu sama ada anti patut bagi buku biru itu kepada kakak anti yang baru habis SPM ataupun birthday kakak saudara anti?

Anwah mengangguk.

Summayah : nanti jap eh… ana nak solat…

15 minit kemudian…

Summayah : Anwah! Ana dah dapat ilham…macam ni… ana beli buku anti dengan harga 10 ringgit (terus menarik buku biru dari tangan Anwah) kejap…tutup mulut dulu! Buku nie harganya RM 8.90 kan? Ana beli dekat anti tanpa ada wang baki ana sedekah… hah! Sekarang ana dah tak mahu buku ni…ana hadiahkan anti buku biru nih!...(katanya sambil meletakkan didalam tangan Anwah)

Anwah : kenapa?

Summayah : antikan kata anti tak mahu terima duit ana…sekarang anti dah tak boleh pulangkan 
duit ana tadi kerana ana telah pun beli buku dari anti…bila ana hadiahkan buku nih dekat anti duit anti pun bertambah balik 10 ringgit…ana kesian tengok anti takdak duit…lagipun anti dah tolong ana cari baju untuk adik ana…kesian anti…sepatutnya kita keluar tadi beli barang anti sekali, tapi ana dah guna masa anti untuk cari hadiah dekat adik ana. Ana minta maaf…

Anwah : takdaklah mayah ana tak kisah pun…ana suka cari pakaian untuk orang…sebab ana ni style suka beli hadiah mahal2 dekat orang. Yang murah tu ana ambik dekat ana…heheheh…terima kasih…anti tak ambik masa ana pun…
Akhirnya…

Anwah memberikan buku birunya kepada sepupunya yang Berjaya mendapat 7A dalam PMR dan buku merahnya yang sempat ditulis olehnya berkenaan sirah nabi yang mengisahkan kisah para tabi’in tentang Abdul rahman al-Ghafiqi diberikan kepada kakaknya…katanya dia masih mengingati kata-kata insan istimewa bahawa ‘tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah’…

Tuesday, 18 December 2012

Gaza : Peace Be Upon You


For Gaza...
And the Palestinian people...
Please be strong...
Because you are my inspiration...
Day and night...
I know...
I do not deserve your love...
Because I am not a good servant...
But...
Always...
Day and night...
My prayers are with you...
Your battle...
May Allah bless us...
My brother...
IN SHA ALLAH

Saturday, 15 December 2012

NOTE 1



Assalamualaikum....
Today...seriously I wanna to talk something about one's life... we always do wrong and mistakes in our daily life...we forget everything easily... when the school holidays coming,we're only thinking about a true holiday means...every times,we're only think about our own happiness...we never bother about others... but actually a true happiness is to make other people happy...to see their smile is the important thing of all...
To make others happy in life does not mean you're buying them all the extravagant stuff but it does mean with a little help... for example, maybe we can help our parents with the housework when we have nothing to do... just help them... I'm sure it means a lot to our parents eventhough it just a small things...so let's change our lifestyle,the way we spend our holidays by growing into a better person... IN SHAA ALLAH....
*note this to myself tooo...
Wassalam :D

The Words of Kedahan people

Assalamualaikum...Today I wanna speak about KEDAH WORDS...quite bizarre... but I am a Kedahan people so sometimes many people misunderstood about what we are talking about... it's so funny when we trying to explain to them back...here I put some words that maybe many people that are not Kedahan people do not understand....
1. menatang-sejenis benda or referring to something (not animals)
2. cemuih-jemu
3. meghela-gedik
4. lohoq-zohor
5. teghiak-menangis
6. ayaq-air
7. hang-awak
8. doketod-doktor
9. semayang-solat
10. loi- tak bermaya
11. ghetas-kertas
12. ghebau-kerbau
13. plantaq-pelantar
14. kawaq-pencuri
15. naqsah-surau
16. mandom-blur/moody
17. yaq lioq-air liur
18. topiang-pelita dalam bekas tin
19. geghek-basikal
20. ndui-buaian
21. moto cabuk-motor yang rosak
22. sogha-suara
23. gheban-reban
24. gheti-tahu
25. loqlaq-tak dak manner sgt
26. cebok-timba
27. cicoq/coq-cucur
28. mengketedaghah-makan dengan lahap/makan
29. langsiaq-langsir
30. germit-sharperner

So...actually these are some words that I could remember...There's still many words that I don't put here but myself don't know much about my languange... so if I remember back...surely I will continue on part 2...Heheehe...T.Q
Wassalam...

Saturday, 1 December 2012

CERPEN 1 : A Florist Epic




BAB 1
              
  Mawar merah mekar disinari matahari,merahnya semerah semangatku hari ini. Seperti tumbuhan yang lain, mawar juga perlukan matahari,air dan udara. Tidak lengkap hidupnya tanpa dilengkapi oleh matahari,air dan udara. Persis manusia. “ Selamat pagi, Encik.” Sapa Lova sekuntum senyuman dibarisi dengan kemas. “Ya, selamat pagi.” Sambut lelaki itu. “Boleh saya nak tanya sesuatu?” Lova mengganguk. “Disini ada jual tahi ayam? Saya nak beli tahi ayam.” Dengan muka yang penuh keyakinan lelaki itu meminta sejambak tahi ayam. Berkerut seribu dibuatnya, mana taknya kalau tahi ayam yang diminta. Hello, disini bukan kedai baja. Kalau hendak kamu boleh minta dengan tuan kedai faham, dialog Lova sendirian.
               
Cis,muka bergaya tetapi tahi ayam yang diminta. Bukankah masih ada bunga yang lebih cantik kenapa tahi ayam yang dipilih?.Maaf Encik,disini kami tidak menjual tahi ayam kalau Encik nak bunga tahi ayam adalah.” Terang Lova, “saya tak kira! Saya kata saya nak tahi ayam!tahi ayam!” bentak lelaki itu keras,terkejut Lova. “Maaf Encik,kami tidak menjual tahi ayam.” Lova terasa gementar apabila muka lelaki itu bertukar bengis. “ Aku kata…” belum sempat lelaki itu menyambung Puan Maria terus memotong. “ Maaf Encik kalau baja organic yang Encik cari disini memang ada contohnya seperti tahi lembu dan tahi kambing.Kalau tahi ayam saya rasa stok dah habis.” Puan Maria cuba menenangkan keadaan.Eh, kenapa aku tak pernah tahu yang dekat kedai ni ada tahi segala tahi? Lova mengerutkan dahinya.
               
Lelaki itu berlalu dari kedai dengan senyuman mesra.Pasal tahi ayam sudah menjadi isu hidup dan mati…ish…ish …ish. Bukankah masih banyak lagi hal dunia yang patut diambil kira,tahi ayam pula yang masuk berita. Nasib baik Puan Maria ada kalau tidak habis aku dilenyapkan dari muka bumi ini, songeh Lova. “Lova…” panggil Kak Sah ya, bu…” Lova menyambung dengan senyuman. Panggilan ibunya disambut mesra. “Bukankah kamu harus ke kelas tambahan petang ni? Mengapa melengah-lengahkan masa yang ada? Susah penat kamu bekerja mencari duit untuk ibu sehari suntuk, sekarang lebih baik kamu gunakan duit kamu sedikit untuk mengambil ilmu yang sedang ada ni.” Kak Sah menyambung dengan memberikan sedikit nasihat dengan lembut sekali. Lova menggangguk setuju, dia berjalan kearah Puan Maria dan berkata-kata sesuatu lalu Puan Maria menggangguk.
               
Lova mengenakan seluar trek dan baju T-shirt tangan panjang yang berwarna hitam kemudian pakaiannya dikenakan dengan tudung yang bewarna hitam. Setelah menyarungkan selipar jepunnya, dia terus mengucup tangan ibunya. Dia berlalu dengan senyuman puas, “Eh, alamak seluar ni terkoyak pulak. Dahlah terkoyak dekat betis pulak tu.HAISH!!!” kesal Lova. Lova berjalan dan merendah-rendah sedikit beg sandangnya. Satu cubaan menipu untuk menutup seluarnya yang terkoyak itu. Lova tersenyum panjang dalam hatinya. Mulutnya di tutup rapat tetapi mimik mukanya jelas tersembunyi seribu makna yang tidak dapat dirungkai makhluk lain.
                
Dengan sopan-santunnya lova melangkah mendaki tangga. Dia berharap rahsia hidup matinya tidak terbongkar. Perlahan-lahan dia melangkah setapak demi setapak ke dalam kelasnya, gerak-gerinya yang pelik itu diperhati oleh semua pelajar “Eh,mereka nampak ke koyak dekat seluar aku. Habis aku… tak tak tak mereka mesti nakkan autograph aku yang cantik jelita ni. Ha ha ha.” Songeh Lova sambil ketawa terkekeh-kekeh. Lova berjalan menghampiri meja kerusinya dibarisan hadapan. Tiba-tiba, PRAPPP! PROTTT…
               
“ Ahaii…Siapa yang kentut angkat tangan.” Kata Indra , budak lelaki berpewatakkan lembut. Selalunya digelar Si Lembut Penyu. Seluruh kelas terdiam,mungkin bagi mereka bunyi itu ibarat bom atom yang menghempas bumi Hiroshima. Biasalah, manusia mana yang tidak kentut. Wajah Lova serta-merta berubah merah, mana tidaknya ‘buy 1 free 1’.  Bukan sahaja seluarnya terkoyak buat kali yang kedua bahkan angin perutnya keluar bersepoi-sepoi menyapa satu kelas ibarat bayu petang. Ish, dahlah aku makan telur kuning dengan kicap ditambah pula dengan penguatkuasa kacang kuda. Memang satu kesinambungan yang sempurna.
             
   Tanpa Lova sedar cikgu Donna melintasi barisan mejanya sekali gus membuatkan perutnya tiba-tiba memulas. Tanpa tertahan satu teriakan PROTTT… telah berjaya menghentikan langkah Cikgu Donna. “ Ahai, sekali lagi… siapa kentut angkat tangan,” sambung Indra. Pelajar yang duduk  bersebelahan lova menjeling-jeling ke arahnya sambil menutup hidungnya. “ Sahlah, rahsia aku terbongkar!”. Cikgu Donna memerhati Lova dengan penuh rasa tidak puas hati. Hidungnya dikipas-kipas dengan kipas asli. Cuba menghalang bakteria busuk yang mencucuk kedalam hidungnya.
           
     Perut Lova terus memulas. Wajahnya sudah tebal bersalut madu,dia sudah tidak malu lagi untuk melepaskan bom atom yang seterusnya. “ Bersedialah kalian!” Lova terus berdiri dan mulutnya cuba untuk mengungkap kata-kata. Rasanya begitu susah untuk ditahan lagi. Biarlah apa yang mereka nak fikir. “ Cikgu…sa..saya…err.. aduh…” Lova mengusap-usap perutnya yang memulas semakin rancak. “Aduh…” PROTTT…PRETTT….PRETTT… Semua budak lelaki memandangnya penuh perhatian. Bau busuk bomnya memang sudah tersebar mengharum seluruh kelas yang agak kecil. Lova terus berlari keluar kelas mencari-cari tandas. Perutnya yang memulas tadi memang memberi amaran kepadanya supaya lekas-lekas mencari ‘port’ segera untuk melepas. “ ahhh…aku telah menghidap cirit-birit super” Lova mengomel sendirian di dalam tandas. Lega rasanya.
         
       Lova pulang ke kelasnya, langkahnya terhenti apabila memandang Indra. Semua pelajar ternyata masih menutup hidung mereka tanda ‘perfume’ nya sangat berkesan. Mampu memberi kesegaran, bukti-buktinya adalah apabila dia melihat rakannya  yang dari tadi sedang tidur kini sudah bangun dan yang bernafas pula segera menahan. Cikgu Donna menyambung kelasnya seperti biasa. Tiada apa yang berlaku. “ Erm…Lova seluar kamu terkoyaklah” Iman berkata sambil mengecilkan sedikit matanya kirinya. “ Ahai, kuasa kentut memang mengagumkan sampai seluar pun terkoyak. Ahai.” Seisi kelas ketawa mendengar celoteh Indra.
               
Cikgu Donna yang serius pun tergelak. Lova menunduk malu, dia berasa rendah diri sekali dicampur pula dengan rasa bersalah. “ Salah ke aku kentut? Kamu semua pun sama jugakan? Maaflah kalau baunya mengalahkan bau ‘Perfume Gucci’…”
              
  Lova mengayuh basikal tuanya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu seluarnya koyak buat kali yang ke seterusnya. Hal di kelas tuisyen tadi memang memalukan. Lova mengayuh sepantas mungkin. Malam nanti dia perlu membantu ibunya untuk menjahit kain langsir yang ditempah jiran mereka yang akan mengadakan kenduri kahwin minggu hadapan. Lova berasa kasihan sekali akan ibunya yang terpaksa bekerja siang malam demi kesenangan hidup mereka berdua. Dia tidak kisah sekalipun tidak mempunyai kawan asalkan hidupnya bahagia. Lova sedar pada zaman yang serba moden dan mewah ini,mana ada manusia yang ingin berkawan dengan orang miskin. Lova sedar.